10 Jun 2026, Miri - Projek rumah mampu milik Ara Mutiara adalah bukti usaha sama antara kerajaan Sarawak dan sektor swasta dalam menangani keperluan perumahan keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana di Miri, kata Dato Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata demikian pada majlis penanaman pokok dan penyerahan kunci rumah Sri Pertiwi di Taman Tunku di sini, petang Jumaat.
Menurutnya, projek itu merupakan petunjuk jelas komitmen kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bahagi untuk menangani keperluan perumahan masyarakat setempat, di samping memupuk impak positif kepada pembangunan setempat.
Ahli Parlimen Sibuti yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia itu sempat meluangkan masa bersama para tetamu khas bagi aktiviti penanaman pokok yang mencerminkan komitmen projek terhadap kelestarian alam sekitar.
Projek Ara Mutiara yang dibangunkan oleh Green Summit Development Group (GSDEVP) merangkumi 247 rumah teres setingkat, menjadikannya projek Sri Pertiwi dan Skim Sederhana Spektra yang pertama di Miri.

(Dari kiri) Fathi, Hii, Lukanisman, Salahudin Sajeli dan Chia bergambar bersama semasa upacara penanaman pokok.

