18 Oct 2025, Riverside Bowling, Kuching - Pada 18 Oktober 2025, Daya Builders Sdn. Bhd. telah menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup “DBSB BOWL & CHILL 2025 BOWLING COMPETITION” yang berlangsung di Riverside Bowling, Kuching melibatkan penyertaan staf dan kakitangan Syarikat. 

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga Daya Builders Sdn. Bhd. Di samping menyemarakkan semangat kesukanan, program ini turut menjadi platform bagi menghargai komitmen dan kebersamaan seluruh warga kerja.